Pada 24 Mei lalu, aktor terkenal drama 'Juvana' iaitu Idzham Ismail telah bergelar bapa apabila isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin (Bella) selamat melahirkan anak sulung mereka.
Idzham menerusi laman Instagramnya telah berkongsi kisah menyentuh hati mengenai isteri serta anak perempuannya, Nur Sofea Inara.
"Siti Nur Abilah, Umi kepada Nur Sofea Inara. Seorang yang kuat, disaat orang lain lepas kelahiran baby terus bawa balik, dia kena ke hospital untuk jenguk dan dukung anak dia.
"Disaat orang lain tengok baby tidur disisi, dia kena tengok princess tidur di katil hospital. Nangis? Jangan cakaplah, memang akan ada dalam harian lepas kelahiran princess.
"Tapi satu janji Allah, akan ada imbuhan selepas dugaan. Princess Inara tak lama dah tu dekat hospital. Makin sihat princess kita tu sebab susu yang hari-hari awak pump.
"Awak sendiri tengok princess makin pulih kan? Jadi awak kena kuatkan semangat untuk Princess dapat kekuatan awak tu. Inshaallah soon everything will be better for 3 of us.
Klik untuk gambar besar
"Daddy always be by both of your sides. Do everything it takes to make our princess better condition & bawak awak hari-hari ke hospital untuk tengok princess kita walaupun jadual shooting padat
"Tq juga kepada team selumbar kasih yang tolong untuk cari date-date yang boleh sumbat untuk freekan saya tanpa mengubah jadual.
"Ps : dari awal mengandung awak ada instinct dapat princess. Tekaan ibu tak pernah salah walaupun semua cakap boy. Hehe. Daddy love u both. Amin ya rabb," tulis Idzham yang bernikah dengan Bella pada 27 Ogos tahun lalu.
Kita doakan semoga anak pasangan ini sihat dan dipermudahkan segala urusan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Idzham Ismail IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment