Semua pasti sudah melihat video berdurasi satu minit itu yang menyaksikan penyanyi dan pengacara sensasi, Ifa Raziah yang tiba-tiba jatuh pengsan ketika penggambaran video muzik lagu berjudul 'Dangdut Lebaran'.
Video yang menjadi tular di laman sosial tersebut turut memperlihatkan suami Ifa iaitu Mohd Yani Abdul Rahman kelihatan panik merangkul isterinya yang rebah ke lantai.
Keadaan juga bertukar kecoh apabila beberapa rakan artis yang terlibat dalam penggambaran tersebut turut panik melihat keadaannya.
Semua yang ada di situ cuba memanggil nama Ifa dan cuba mengejutnya namun tiada sebarang tindak balas pergerakan daripada Ifa.
"Kerja back to back non stop akhirnya ifa tak tahan tumbang di lokasi Pembikinan Video Klip lagu #dangdutlebaran @bintangdangdutmalaysia bersama Bintang2 Dangdut Malaysia.. Doakan ifa cepat sembuh," tulis Ifa yang memuatnaik video dirinya pengsan di laman Instagramnya.
Rata-rata pengikut Ifa di Instagram telah meninggalkan kata-kata doa kepada Ifa di ruangan komen.
Bagaimanapun, kejadian Ifa pengsan itu sebenarnya adalah 'prank' untuk suaminya bersempena sambutan hari jadinya.
Klik untuk gambar besar
Jelas Ifa, dia sebenarnya terlupa tentang hari jadi Mohd Yani dan kejutan itu dilakukan sebagai hadiah buat suami tersayang.
"Jujur saya memang terlupa hari jadi suami sendiri dek terlalu sibuk dengan kerja, nasib baik pembantu saya ingatkan.
"Saya ingin berikan kejutan kepadanya dan dua rakan baik saya iaitu Ani Mayuni dan Sheeda memberikan idea agar saya buat-buat pengsan ketika penggambaran untuk kenakan suami.
"Memang dia gelabah apabila melihat saya rebah dan ketika itulah rakan-rakan lain membawa keluar kek untuk meraikan hari jadinya," katanya yang turut membeitahu bahawa beliau belum sempat memuatnaik video sambutan hari jadi suaminya di Instagram.
Dalam pada itu, Ifa berkata, dia menggunakan idea untuk pengsan kerana kebetulan dia sedang demam dan mengalami batuk akibat terlalu kuat bekerja.
Walaupun tidak sihat kerana demam dan batuk, Ifa tetap gagahkan diri bekerja.
"Jadual saya memang padat sejak beberapa bulan ini dan menyebabkan saya demam dan batuk kerana tidak cukup tidur.
"Ini pun saya masih tidak sihat tetapi tetap perlu bekerja dan perlu gagahkan diri malah kini berada di Pulau Pinang untuk sebuah acara.
"Sebelum ini saya memang tidak pernah pengsan dan apabila suami melihat saya rebah dia benar-benar gelabah dan hampir menangis," ujarnya..
Ditanya berhubung hadiah istimewa untuk suaminya, Ifa bagaimanapun berkata dia belum berkesempatan untuk membeli hadiah namun akan berbuat demikian.
Lagu 'Dangdut Lebaran' adalah projek khas Persatuan Bintang Dangdut Malaysia yang turut menampilkan ahli-ahli persatuan itu.
Dalam pada itu, suami Ifa ketika dihubungi berkata dia terasa sangat berdebar ketika isterinya pengsan dan ketika itu bermacam-macam perkara yang bermain di fikirannya.
"Berdebar dan pening gak bila ifa pengsan. Macam-macam hal difikiran. Bila kena prank rasa lepas beban.
"Sebenarnya saya percaya dia pengsan sebab memang ifa kurang sihat," ujarnya dengan rasa lega kerana isterinya dalam keadaan baik-baik sahaja.
Amboii... pandai betul Ifa berlakon ye, sampai semua orang pun panik dibuatnya hehe. Apa-apa pun kami ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada suami Ifa.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Media Hiburan
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment