05 June 2017

DISAHKAN HAMIL - SHIMA ANUAR RASA TERUJA & TAK SABAR



"Saya memang sukakan kanak-kanak dan tidak sabar menimang anak sendiri. Sebab itu, saya lakukan ujian kehamilan sendiri.

"Pada mulanya hasil ujian kehamilan itu negatif tetapi saya dapat tahu mengandung selepas melakukan ujian sekali lagi tiga minggu lalu.





"Suami juga gembira dengan berita ini dan terus membawa saya berjumpa doktor pakar untuk mengesahkan kehamilan dan melakukan pemeriksaan kandungan," kata bintang filem '7 Petala Cinta' dan 'Highland Tower', Shima Anuar.

Selepas dua bulan berkahwin, Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah Anuar, 26, dan suami menerima berita gembira apabila dia disahkan hamil lebih sebulan.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 40, yang juga seorang duda anak dua pada 8 April lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: