28 June 2017

ALIF SATAR RANCANG BAWA KELUARGA BERPINDAH KE SABAH



"Sebelum ini saya selalu mengunjungi Sabah kerana atas tuntutan kerja dan sebagainya. Setelah sering kali ke sana, bagi saya Sabah adalah negeri yang menyenangkan untuk saya tinggal dan bawa keluarga saya.

"Tak tahu nak cakap macam mana tapi apa yang boleh saya katakan saya sudah jatuh cinta dengan Sabah. Sekarang saya sudah mempunyai sebuah restoran di sana dan sebab itu juga membuatkan saya mahu menetap di sana.





"Saya amat teruja untuk membawa anak dan isteri berpindah ke sana dan saya sudah membeli rumah serta kereta di Kota Kinabalu, Sabah untuk kemudahan saya dan keluagra nanti," kata penyanyi Alif Satar mengenai perancangan membawa keluarganya berpindah ke Sabah.

Alif berkata semua persiapan itu dilakukan kerana dia mempunyai perancangan untuk membawa anak dan isterinya berpindah ke negeri tersebut.

Dalam pada itu, pelakon 'Dia Semanis Honey' itu membuka sebuah restoran A's Cafe di Padang Kontena Yayasan Sabah yang baru beroperasi kurang dua bulan yang lalu.

Klik untuk gambar besar


Mengulas mengenai perniagaan yang baru diusahakan itu, Alif memberitahu dia terpaksa ulang-alik ke sana dari Kuala Lumpur untuk menguruskannya bersama rakan kongsi.

"Kafe ini terletak di Padang Kontena Yayasan Sabah. Saya melihat lokasi ini sebagai lubuk emas untuk menawarkan pelbagai pilihan makanan citarasa semenanjung memandangkan ia berada di tengah-tengah Kota Kinabalu.

"Bukan mudah mengendalikan perniagaan ini jika memikirkan soal logistik tetapi keputusan mengusahakan A’s Cafe didorong oleh tenaga pasukan serta rakan kongsi saya di sana yang mantap," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: