Pelakon Janna Nick baru-baru ini telah dikecam teruk, dek kerana memuatnaik gambar selfie di masjid selepas selesai melakukan solat tarawih, berlatarbelakangkan pengarah, Shiela Rusly yang masih khusyuk solat.
Ramai menyerang ruangan komen pelakon itu dengan menyatakan Janna seolah tidak ikhlas melakukan ibadah kerana menunjuk.
Enggan isu ini disalahertikan, Janna telah tampil menjelaskan bahawa bukan niatnya untuk menunjuk dan peminat juga tidak berhak menentukan keikhlasan beliau.
"Saya tak pernah kisah apa orang nak cakap! Siapa kita nak jatuhkan hukum ikhlas atau tidak ibadat seseorang itu?
"Lagipun perkara ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar untuk dibincangkan. Bulan yang mulia ini, apa kata fikir yang baik-baik saja mengenai orang lain.
"Bukan niat saya untuk berlagak pandai atau nak menyakitkan hati orang lain. Tindakan saya membalas komen-komen itu untuk memberikan penjelasan kepada mereka yang telah salah faham," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Berang dengan komen-komen terbabit, Janna sempat membalas dakwaan mereka dan menjelaskan dirinya bukan menunjuk melakukan ibadah tetapi ingin mempromosikan telekung yang dipakainya.
"Tak tunjuk solat witir wak, tunjuk telekung tu. Beli la saya jual, kalau tak tunjuk macam mana nak bisnes, terima kasih," tulisnya.
Diharap Janna sabar melayan kerenah peminat yang ada sahaja tak kena di mata.
www.myartis.com / Sumber: mstar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment