Tahniah diucapkan kepada pelakon Keith Foo diatas kelahiran anak pertamanya apabila isteri, Kim Raymond selamat melahirkannya kelmarin.
Berita itu dikongsikan oleh Keith menerusi laman Instagram yang menunjukkan tangan si kecil menggenggam jari isterinya bersama kapsyen yang menunjukkan perasaan bahagia.
Difahamkan, isteri Keith melahirkan cinta hati mereka yang juga bayi perempuan di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor.
Bagaimanapun usaha mendapatkan perincian lanjut mengenai kelahiran anaknya itu tidak berbalas sebaliknya beliau hanya menjawab ucapan tahniah menerusi aplikasi WhatsApp dengan ringkas.
"Terima kasih. Allah merahmati kamu," katanya sebagai tanda terima kasih di atas layangan tahniah daripada media.
Sementara itu, menerusi keterangan gambar genggaman jari kedua-dua insan disayanginya itu, Keith meluahkan perasaannya di atas kehadiran si kecil.
Klik untuk gambar besar
"Saya tak pernah sangka akan jatuh hati dengan perempuan lain (merujuk kepada anak mereka), tetapi hari ini saya melakukannya," tulisnya.
Sementara itu, isterinya pula menerusi laman Instagram peribadi memuatnaik puisi yang cukup bermakna berjudul 'When Two became Three'.
Apapun, semoga kehadiran orang baru ini di dalam keluarga Keith dapat memberi sinar kebahagiaan.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment