19 June 2017

ISU DATUK RED 'KANTOI': DIKRITIK 'PADAN MUKA' - ADIRA LUAH RASA TERKILAN



Dek kerana 'screenshot' perbualan antara suaminya, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu bersama seorang gadis di Instagram tersebar di Internet, penyanyi Adira Suhaimi akui dirinya turut terkena tempiasnya.

Menurut Adira, beliau telah dikritik oleh sesetengah netizen yang menyatakan ia adalah karma buatnya yang 'merampas' suami orang.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi berkata yang beliau terkilan dengan komen-komen negatif yang diterima.





"Apabila kejadian seperti itu berlaku, kesannya adalah kepada saya. Orang akan kata padan muka dan gelak kepada saya. Saya bukan nak salahkan suami. Bukan saya tidak percaya, saya percaya dia boleh jaga diri.

"Cuma apabila berlaku begini, nama saya yang dikaitkan sama. Apa yang negatif semua pergi kepada saya, itu yang buat saya sedikit terkilan.

"Memang tidak mati kalau kena kata-kata negatif sebegitu, tetapi saya masih ada keluarga dan masih ada mak. Apabila mereka kata bukan-bukan, seolah-olah saya ini jahat sangat.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Adira memberitahu hubungan beliau dan Datuk Red tidak mempunyai sebarang masalah tetapi suaminya itu, belum lagi membicarakan isu mesej tersebut bersamanya.

Minggu lepas, tersebar satu 'screenshot' perbualan ringkas Datuk Red bersama seorang gadis di mana dia didakwa telah meminta diberi gambar penuh untuk tatapannya,

Isu tersebut kemudiannya dengan pantas telah menjadi perbualan hangat netizen di laman sembang. Menghangatkan lagi berita tersebut, ia dikatakan berlaku sebelum Adira bersalin anak perempuannya.

Bagaimanapun, Datuk Red sudah memberitahu bahawa mesej tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan sekadar usikan nakal sahaja.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo




         ________________________





No comments: