19 June 2017

6 GAMBAR - SEKITAR 'BACHELORETTE PARTY ' ANIS AL-IDRUS



Bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Aiman Rafzan, 35, pada 7 Julai depan, rakan-rakan kepada pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus , 29, telah mengadakan 'Bachelorette Party' buatnya yang berlangsung baru-baru ini.

Anis ketika ditemubual berkata, dia hanya memikirkan kerja dan persiapan kahwin berbanding untuk sambutan hari raya.





"Sekarang ini saya hanya fikir nak cepat habiskan kerja dan boleh fokus pada persiapan perkahwinan pula. Majlis pula tinggal beberapa hari saja.

"Alhamdulillah persiapan kahwin sudah hampir siap sepenuhnya. Manakala, untuk persiapan hari raya pula, saya serahkan kepada ibu dan ayah untuk uruskan. Tapi saya ada beli biskut dan baju raya.

"Kalau ikutkan hati, saya tak sabar nak cuti panjang untuk selesaikan semua ini. Selepas itu rehat dan manjakan diri pula," kata Anis.

Klik untuk gambar besar


Menurut penyanyi lagu 'Mengapa' ini, majlis pernikahan itu akan diadakan dalam keadaan sederhana yang hanya dihadiri rakan-rakan yang rapat dengan dirinya sahaja.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Tunang Anis, Aiman atau Mohd Rafzan Nuhikmal Abdul Halim, 35, mempunyai seorang anak lelaki bernama Aidy Ilham Rafique yang kini sudah berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.










www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: