Sekitar bulan Mei lalu, pelakon Remy Ishak telah mengejutkan peminatnya apabila beliau selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Ezza Yusof.
Iyalah, tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja gambar pertunangan mereka tersebar di media sosial.
Menurut Remy, beliau mempunyai alasan tesendiri untuk tidak mengumumkan perkara tersebut.
"Saya mengakui agak bersikap konservatif dalam hal ini. Lagipun Islam sendiri tifak menggalakkan umatnya untuk menguar-uarkan mengenai pertunangan.
"Hanya keluarga terdekat yang saya maklumkan ketika itu. Majlis pertunangan juga adalah peringkat seterusnya selepas berkawan," jelasnya.
Dalam pada itu, Remy memberitahu buat masa ini keluarga beliau dan tunangnya masih belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Klik untuk gambar besar
"Kita sendiri tidak tahu ujian yang mungkin melanda sepanjang tempoh pertunangan. Namun sekiranya sudah ada tarikhnya nanti, saya tidak keberatan untuk berkongsi mengenai perkahwinan kami," katanya.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei, 35, dan Ezza sudah mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius.
www.myartis.com / Sumber: BH Plus
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment