20 June 2017

MUKA ANAK LUKA, LEBAM - FASHA SANDHA LUAH RASA KECEWA & KESAL



Semalam pelakon Fasha Sandha telah meluahkan rasa kecewa dan kekesalan selepas mendapati wajah anak perempuannya, Puteri Raysha Jemyma, 2, mempunyai kesan luka dan lebam pada bahagian tepi matanya.

Menerusi dua entri terbaru itu di laman Instagram miliknya, Fasha bercerita mengenai kejadian tersebut dan beliau memang sangat kecewa dan tertanya apakah yang berlaku kepada anaknya itu.





Seperti biasa, luahan Fasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menganggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak ada kalanya secara tidak sengaja cedera ketika bermain.

Dek kerana itu, ada yang medakwa Fasha suka mencari perhatian dan sengaja menimbulkan isu diantara bekas suami dan ibu mertuanya.

Klik untuk gambar besar


Namun ada juga yang berpendapat tindakan Fasha untuk memuatnaik luahan itu di media sosial tidak salah kerana seorang ibu berhak untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada anak kesayangan beliau itu.

Sebelum ini, pelakon filem 'Badang The Movie' ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 40, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Selain Putri Raysha Jemyma, Fasha dan Rizal turut mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayfal Ramli, 3.








www.myartis.com / Sumber & foto: Fasha Sandha IG




         ________________________





No comments: