20 June 2017

TANGKAP BIBIK PENCURI - ALIFF SYUKRI TAWAR GANJARAN RM5,000



Salurkan maklumat dan tangkap bibik pencuri dapat ganjaran RM5,000!

Demikian tawaran jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman atau Abang Terlajak Laris kepada sesiapa yang berjaya.

Sebelum ini, Datuk Aliff ada berkongsi tragedi malang orang gajinya mencuri Live di Facebook. Tetapi kerana tidak sampai hati, Aliff tidak melaporkan kejadian itu kepada polis.





Bagaimanpun, peluang yang diberikan tidak digunakan malah orang gaji Datuk Aliff melarikan diri pula.

Terdahulu, Aliff ada berkongsi kejadian mencuri di rumahnya menerusi Facebook, teruk juga orang gajinya dimarahi Aliff.

Bagaimanapun video itu menerima pelbagai kecaman kerana merasakan tidak wajar jutawan kosmetik itu memalukan orang gajinya sebegitu.

Apapun, semoga orang gaji tersebut dapat segera ditangkap. Jadi apa tunggu lagi, mana tau mungkin rezeki anda, sambil menolong boleh dapat ganjaran sekali.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Mynewshub & Aliff Syukri IG




         ________________________





No comments: