20 June 2017

MASIH TUNANGAN NADIA - TAUKE HARAP HASRAT KAHWIN TAK TERTANGGUH LAGI



"Ikatan pertunangan kami masih lagi terjalin dengan baik, jadi berita mengatakan kami sudah putus adalah tidak benar," kata pelawak Tauke yang menegaskan ikatan pertunangan bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Nadia sejak Disember 2015 masih utuh.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria menjelaskan, banyak faktor dalaman menyebabkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga tertangguh, namun beliau tetap berharap dapat mengakhiri zaman dudanya pada tahun ini juga.

"Kalau boleh, semestinya saya ingin semua urusan dipercepat dan dipermudahkan, namun kita hanya mampu merancang.





"Perkahwinan bukanlah perkara remeh kerana ia membabitkan banyak perkara dan juga keluarga. Semuanya harus diselesaikan dengan baik kerana pelbagai pihak turut terbabit, jadi doakan semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya sendiri berharap dapat berkahwin dalam tahun ini juga kerana tidak mahu hasrat itu tertangguh lagi," jelasnya.

Berita pertunangan Tauke berlangsung secara tertutup pada Disember 2015 di rumah keluarga perempuan di Terengganu, namun ia dikongsi menerusi laman Facebook sebuah stesen radio swasta.

Klik untuk gambar besar


Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, selepas dua tahun pemergian Pak Yus, Tauke mengaku belum bertemu gandingan serasi dengannya.

"Bukan mudah untuk mencari keserasian, apatah lagi saya dan arwah Pak Yus memang rapat, namun saya enggan terburu-buru.

"Kalau saya rasa sesuai (dengan mana-mana pelawak), namun peminat tidak dapat menerima lawak kami, tiada gunanya juga," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: