21 June 2017

"ITU ANAK ANGKAT SAYA" - HAEL HUSSAINI NAFI SUDAH KAHWIN



"Alhamdulillah, saya anggap Allah beri rezeki terhadap sambutan lagu Jampi bersama satu lagi rezeki lain yang sangat berharga iaitu seorang anak angkat," jelas penyanyi Hael Hussaini apabila peminatnya menyangka dirinya itu sudah pun berkahwin dan bergelar bapa.

Ini kerana sejak kebelakangan ini, penyanyi Hael sering memuatnaik beberapa keping gambar bayi di laman sosial Instagramnya sehingga menimbulkan tanda tanya peminat.

Hael ketika ditemui media pada majlis berbuka bersama peminatnya Ahad lalu, menjelaskan bahawa bayi perempuan tersebut merupakan anak angkat yang diterimanya daripada sebuah keluarga pada bulan lalu.





"Saya ambil sejak dia baru dilahirkan kira-kira sebulan lalu dan sekarang masih lagi dalam proses dokumentasi," katanya.

Dalam pada itu, Hael atau Hal Husaini Razmi berkata, kehidupan berubah 360 darjah selepas bergelar bapa bayi yang diberi nama Nur Helena itu.

Katanya, dia juga terpaksa membahagikan masa terhadap kerja dan memberi perhatian kepada bayi berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Semenjak ada tanggungjawab baru ini kehidupan saya berubah, Helena masih lagi memerlukan perhatian penuh. Saya bernasib baik kerana keluarga banyak membantu menjaga bayi ini jika saya keluar bekerja," ujarnya.

Sementara itu, Hael turut berkata, dia tidak terlalu mendedahkan bayi berkenaan di laman sosial sebelum selesai segala proses penjagaan.

"Sekarang ada juga saya muatnaik gambar dia tapi tidak banyak, itu yang membuatkan ramai tertanya-tanya. Insya-Allah jika semua sudah selesai saya akan kongsi dengan peminat tentang bayi berkenaan," tuturnya.












www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: