21 June 2017

KOMPLIKASI JANTUNG (TGA) - BABY GIRL IDZHAM ISMAIL SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN



"Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT. Operation keatas princess Inara berjaya dilakukan dengan sempurna oleh doctor pakar bedah dari IJN.

"Setelah menunggu 7 jam akhirnya berita gembira dari doctor sampai ke telinga kami berdua.

"Sekali lagi kami ingin berterima kasih yang tak putus-putus doa untuk Princess Nur Sofea Inara," kata pelakon 'Juvana', Idzham Ismail mengenai perkembangan terkini anak sulung, Nur Sofia Inara.

Dalam masa sama, Idhzam telah menjawab segala persoalan peminatnya yang tertanya-tanya mengenai anak perempuan itu.





"Kepada yang tertanya-tanya apa sakit Princess. First of all Princess dilahirkan secara normal, berat 3KG, menangis bila keluar .

"Inara disahkan ada komplikasi jantung oleh Pakar Hospital Shah Alam, cepat diorang buat kerja. Terima kasih kepada 1st doctor yang beritahu saya doc syafaf & doc Ding yang incharge untuk case inara mereka cekap!

"Komplikasi yang princess ada pada jantung dipanggil Transposition of Great Arteries (TGA) boleh google untuk tahu lebih lanjut.

"Doctor IJN sah kan kali kedua dan dinasihati membuat pembedahan pada seawal umur princesa 3 minggu - 4 minggu.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, Allah dengar suara kami, semua proses sangat mudah dan lancar dari checkup hingga ke pembedahan. Terima kasih juga pada yang mengendali pembedahan Princess dengan jayanya.

Untuk makluman, TGA ialah Kecacatan jantung yang wujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam lapan dari 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing.

Jantung mempunyai empat ruang, dua atrium dan dua ventrikel yang berfungsi sebagai jantung sebelah kanan dan jantung sebelah kiri.

Setelah proses pembedahan berjalan dengan lancar, kini Idzham dan isteri, Siti Nur Abilah Shamsudin (Bella) hanya menunggu proses pemulihan puterinya.



"Sekarang saya dan isteri tengah tunggu inara recover dari operation. Sama-sam doakan terbaik dan speedy recovery untuk Princess. Aminn ya rabb.

Sebelum ini, semua sedia maklum mengenai kisah anak Idzham dan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin yang dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram yang berada di NICU Hospital Shah Alam sejak dilahirkan 24 Mei lalu.

Ramai peminat mendoakan keselamatan puteri sulung Idzham dan tertanya-tanya perkembangan anak perempuanya sekarang.

Kini persoalan telah terjawab, jadi sama-sama kita doakan yang terbaik dan speedy recovery untuk Nur Sofea Inara. Amin.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Idzham Ismail IG




         ________________________





No comments: