11 June 2017

TAK MAHU BERLENGAH KAHWINI ERRA - SHAHIR AKUI BELUM ADA TARIKH PASTI



Bakal berlakon di bawah satu produksi drama dengan Erra Fazira dalam masa terdekat, penyanyi Shahir Zawawi, 29, memberitahu bahawa beliau bersedia bertemu keluarga wanita itu, namun masih menanti masa yang sesuai melakukannya.

Shahir yang mengakui pernah bertemu ahli keluarga Erra bagaimanapun enggan terlalu mendedahkan hubungan yang terjalin.

Ini kerana kata Shahir, beliau menganggap ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun begitu, bekas juara program realiti, Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) ini tidak mahu melengahkan perancangan mereka untuk berkahwin.





"Saya juga tidak mahu lagi melengahkan perkara yang baik. Saya mohon semua supaya mendoakan yang terbaik untuk kami berdua.

"Memang kami merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya. Sampai masa, saya akan berkongsi segala-galanya.

"Cuma, ketika ini belum ada tarikh pasti dan saya juga perlu menghormati pihak lain. Saya faham situasi Erra yang terpaksa menjawab pelbagai pertanyaan.

"Apa yang dapat saya katakan, kami berdua memang serius," jelasnya yang turut akui sudah tiga tahun menjalin cinta dengan Erra.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Shahir berkata, mereka sempat berbuka puasa bersama, baru-baru ini biarpun masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti.

"Sepanjang Ramadan, saya berada di ibu kota memenuhi beberapa undangan berbuka puasa dan program TV.

"Diikutkan kami berdua memang sibuk, tetapi saya tetap mencuri masa menemaninya berbuka.

"Saya juga berhasrat membawa Erra menunaikan solat tarawih, tetapi masih belum berkesempatan," ujarnya ketika ditemui media di Himpunan Artis Sayang Al-Quran 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



Mengenai perkembangan terbaru, Shahir akan menjalani penggambaran drama terbitan Skop Production, 'My Darling Inspektor Daniel', yang turut dibintangi Erra.

Drama arahan Aziz M Osman itu menyaksikan Shahir akan beraksi dalam dua episod sebagai pelakon undangan.

"Erra adalah antara teraju utama, manakala kemunculan saya sekadar penampilan istimewa. Tidak pasti pula sama ada terdapat adegan kami berdua atau tidak.

"Penggambaran drama ini dah bermula cuma babak yang membabitkan saya belum lagi. Mungkin minggu depan saya akan masuk set," kata Shahir.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Utusan




         ________________________





No comments: