07 July 2017

22 GAMBAR - SUASANA MALAM BERINAI ANIS AL-IDRUS & PASANGAN



Malam semalam pelakon dan penyanyi, Anis Al Idrus telah memilih untuk tampil dengan konsep tradisional pada majlis berinai beliau yang diadakan di Shah Alam.

Bertemakan 'Pink Henna Night', pemilik nama penuh Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 28, itu kelihatan anggun pada acara berkenaan apabila mengenakan sepersalinan busana rona merah jambu persis puteri raja terkenal Kelantan, Cik Siti Wan Kembang.





Majlis sederhana tetapi meriah itu dilangsungkan secara tertutup dan hanya dihadiri anggota keluarga terdekat beliau dan keluarga bakal suaminya, Aiman Rafzan.

Pada majlis berinai, Anis turut menggayakan gelang tangan, rantai dan cincin berlian tajaan Habib manakala pada majlis pernikahannya esok, beliau bakal mengenakan pula mahkota daripada jenama sama.

Pelakon drama 'Duda Terlajak Laris' itu mengikat tali pertunangan dengan Aiman pada Mac lalu dan mereka akan diijabkabulkan malam hari ini di Shah Alam.

Klik untuk gambar besar











































www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...