08 July 2017

ISU PAKAIAN 'TERDEDAH' PUTERI BALQIS -BAPA TUTUP RUANGAN KOMEN



Gara-gara sering menerima komen berbaur cacian, kejian dan hinaan akibat berkongsi gambar pakaian terdedah, ruangan komen laman Instagram milik pelakon cilik Puteri Balqis Azizi, 10, akhirnya ditutup oleh bapa pelakon itu sendiri iaitu Azizi Aziz.

Dakwa Azizi, 39, itu semua dilakukannya kerana bimbang emosi anaknya terganggu. Ini kerana, terlalu banyak komen yang tidak baik dtulis oleh para folower terutama haters yang sekali gus menjejaskan perkembangan puterinya itu.





Menjawab mengenai fesyen anaknya yang terdedah itu, Azizi menyatakan dia hanya mahukan anaknya menjadi diri sendiri dan apabila membesar dia akan matang sendiri.


Jom baca komen penuh bapa Puteri Balqis itu:

TUTUP RUANG KOMEN 

"Benar, memang kami sengaja menutup ruangan komen pada setiap posting gambar anak saya di Instagram kerana kami tahu dia tidak kuat untuk hadapi cacian dan tohmahan orang.

"Sebagai ayah saya tahu dia dah cuba jadi yang terbaik untuk diri dan kerjaya seninya. Malangnya masih ada orang yang sengaja mahu mencari salah-silap dia."




TEGUR KENA ADA ADAP 

"Siapa saya nak tutup mulut orang tetapi satu pesan saya, nak menegur biarlah kena pada caranya, InsyaAllah saya boleh terima."


SOAL PAKAIAN PUTERI BALQIS
 
"Soal berpakaian tu, pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa apa yang dia buat.

"Tiba waktunya dia membesar dan matang macam orang lain juga."


TAK ABAI ILMU AGAMA 

"Saya tidak berhajat hendak mencanang perkara baik (sudah khatam Al-Quran) takut nanti orang cakap apa pula.

"Cukuplah saya katakan, sebagai ayah saya tidak abaikan dia dari mempelajari ilmu-ilmu agama termasuk solat."




Sumber: Mstar



         ________________________





No comments: