08 July 2017

12 FOTO - SELAMAT BERTUNANG, IZARA & ADIB NIKAH 17 NOVEMBER DEPAN



Pada tarikh 7.7.17, pelakon Izara Aishah dan anak tirinya kepada Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid akhirnya selamat mengikat tali pertunangan selepas tiga tahun menyulam cinta.

Difahamkan, keluarga Adib terlebih dahulu merisik Izaras ebelum melangsungkan majlis pertunangan.

Pasangan berkenaan memilih 17 November depan sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami-isteri.





Dalam majlis yang berlangsung petang semalam itu menyaksikan Izara kelihatan anggun dengan persalinan berwarna kuning manakala rombongan pihak lelaki sedondon dengan pakaian berwarna coklat.

Adib merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Tune Studios.

Tahniah kami ucapkan kepada Izara dan Adib, akhirnya mereka bakal bergelar suami dan isteri tidak lama lagi. Semoga segala perancangan untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar.

Klik untuk gambar besar























www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: