08 July 2017

35 GAMBAR - DUA KALI LAFAZ, ANIS AL-IDRUS SAH BERGELAR ISTERI



"Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat.

"Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis sederhana kami," kata pelakon Anis Al-Idrus setelah dirinya sah bergelar isteri kepada Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim dengan dua kali lafaz.

Pada majlis pernikahan tersebut, pasangan ini selamat dinikahkan oleh bapa artis wanita terbabit, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus, di hadapan Imam dan jurunikah Masjid Al-I'tisam TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fairus Shuaib, kira-kira jam 9.40 malam semalam.





Anis dan Mohd Rafzan yang memilih persalinan sedondon putih itu disatukan dalam majlis istimewa yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat di sebuah ruang acara yang disewa khas.

Kelihatan tenang ketika majlis berlangsung, Anis bagaimanapun menitiskan air mata sebaik saja mereka disahkan menjadi suami isteri.

Anis atau nama penuhnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus menerima mas kahwin berupa satu set barang kemas daripada pengantin lelaki, sementara wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin perempuan yang turut dikenali sebagai penyanyi dan pengacara itu menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pengantin lelaki.

Klik untuk gambar besar


Penampilan Anis pada malam itu juga turut dilengkapi dengan mahkota tajaan Habib yang dilaporkan bernilai ratusan ribu ringgit.

Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup, manakala majlis berinai bertemakan 'Pink Henna Night' pula berlangsung kelmarin.
































































a href="https://4.bp.blogspot.com/-yWOBdNhLJac/WWApEthFmQI/AAAAAAABvII/Fze9BUPe3DMtTJcjdoZgxP4hsMR72qT5wCLcBGAs/s1600/35.jpg" imageanchor="1" >


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...