22 July 2017

DIBANDING DENGAN SAJAT - EINA AZMAN RASA BENGANG



Siapa yang tidak kenal dengan pelakon putih gebu, Datin Paduka Eina Azman yang sering menjadi perhatian dan mempunyai pengikut yang ramai.

Bukan itu sahaja, malah anak kembar comelnya turut menerima tempias populariti.

Apa yang pasti, ramai wanita cemburu melihat tubuh langsing Eina walaupun sudah mempunyai dua orang anak.





Yelah... memiliki dua orang anak bukan alasan buat Eina untuk tidak tampil langsing bak anak dara, bukan?

Namun baru-baru ini, Eina ada memuatnaik status seolah bengang apabila ada netizen mendakwa pinggangnya ramping kerana menggunakan produk bengkung keluaran usahawan popular, Nur Sajat.

Menerusi video yang dikongsi Eina, ramai yang fokus pada pinggangnya yang ramping kalah anak dara.

Klik untuk gambar besar


Menurut individu tersebut, dia mendakwa Eina menggunakan bengkung Sajat berdasarkan pemerhatiannya terhadap salah satu foto Eina di Instagram.

Melihat pada kenyataan balas Eina, beliau menyatakan jangan samakannya dengan Sajat kerana isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet itu sudah melahirkan anak.

Malah Eina Azman juga menyatakan dia mempunyai bengkung yang lain dan lebih baik.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan




         ________________________





No comments: