25 July 2017

"DICIPTA BERSAMA, PINJAM DULU SEBAB MEMEY KECIL LAGI" - ABBY ABADI



Baru-baru ini, pelakon Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza telah membuat kejutan buat Abby Abadi sempena ulangtahun perkahwinan bekas isterinya dan suami, Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany di kediaman mereka.

Menerusi Instagram, Abby telah berkongsikan video dimana Norman hadir bersama isteri sambil membawa sebiji kek dan membuat kejutan itu sekaligus meraikan ulangtahun perkahwinan kali ke-2 mereka.

Apa yang menarik perhatian adalah ucapan Abby buat bekas suaminya.





"Terima Kasih 'Cinta' untuk segalanya. Kau berikan lagi kesempatan ini. Saya malu dan tak suka diraikan. Mohon Norman dan Memey jangan buat lagi.

"Apapun Oman dan Memey memang diciptakan untuk bersama. Saya pinjam dulu sebab masa tu Memey kecil lagi," tulisnya menerusi laman Instagram.

Rata-rata kenyataan itu telah menimbulkan reaksi terharu di kalangan peminat apabila melihat hubungan akrab diantara mereka biarpun sudah berpisah.

Klik untuk gambar besar


Ramai yang memenuhi ruangan komen, mendoakan kebahagiaan buat Abby dan suami serta Norman dan isteri agar bahagia berpanjangan.

Kalau tidak silap ketika Abby mengalami keguguran sebelum ini juga, Norman hadir memberikan kata-kata semangat serta sokongan buat bekas isterinya.

Terharu pula melihat bagaimana mereka menjaga hubungan biarpun sudah tidak bersama, semoga ianya menjadi inspirasi buat orang lain.




KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Abby Abadi IG




         ________________________





No comments: