14 July 2017

DIKECAM KONGSI FOTO INTIM: "IA PERKARA BIASA" - ANIS AL-IDRUS



Pelakon Anis Al-Idrus yang selamat mendirikan rumah tangga pada 7 Julai lalu itu telah memuatnaik sekeping gambar seakan berkucupan dengan suaminya sambil berpelukan baru-baru ini.

Gambar yang dimuatnaik di Instagram itu telah menerima kritikan negatif dari peminat yang merasakan gambar intim seperti itu lebih baik disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja.

Malah ada juga yang berpendapat gambar seperti itu jauh tersasar dari adat orang Melayu yang sepatutnya lebih sopan.





Biarpun dikritik, Anis merasakan tindakannya itu tidak keterlaluan jika dibandingkan dengan artis lain yang berbuat lebih hebat dari itu.

"Secara peribadi, saya rasa gaya sebegitu tidak keterlaluan kerana sebelum ini pun ada selebriti lain yang memuatnaik gambar jauh lebih intim berbanding apa yang saya lakukan. Bagi saya, ia perkara biasa," katanya.

Mengenai kehidupannya selepas berumah tangga, Anis menyifatkan ia sebuah fasa yang sangat membahagiakan.

Klik untuk gambar besar


"Cuma, kami belum sempat berbulan madu kerana saya masih terikat dengan komitmen kerja yang panjang.

"Ketika ini saya sedang melunaskan baki penggambaran program bual bicara, 'Dia Yang Pertama'. Menerusi rancangan itu, saya ditampilkan sebagai pengacara.

"Hanya selepas itu barulah kami boleh memikirkan soal bulan madu. Kalau berpeluang, saya teringin ke sebuah pulau romantis, mungkin di luar negara," ujarnya.

Mungkin ada betulnya apa yang dikatakan peminat, berpada dalam berkongsi gambar di media sosial biarpun bergelar artis.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: