09 July 2017

ENGKU EMRAN & LAUDYA (SYTD) KINI MAKIN TERBUKA SOAL CINTA?



Nampaknya spekulasi mengenai hubungan cinta antara Engku Emran dan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella hampir terjawab apabila mereka dilihat semakin terbuka berkongsi mengenai status hubungan tersebut di laman Instagram masing-masing.

Menerusi laman sosial Engku Emran, beliau memuatnaik sebuah video dengan kapsyen 'mind blowing' yang memperlihatkan seorang lelaki sedang menggunting sehelai kertas hitam yang pada akhirnya membentuk imej seorang wanita.





Hasil seni itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mengandaikan ia mirip wajah Laudya.

Pengikutnya juga gembira dengan sikap keterbukaan Engku Emran dan Laudya yang semakin terbuka tentang hubungan mereka.

Tidak terhenti di situ, Engku Emran sekali lagi memuatnaik lakaran gambarnya dan 'tagged' nama akaun Instagram Laudya. Ia semakin menjelaskan seolah-olah hubungan di antara mereka bukan lagi rahsia.

Klik untuk gambar besar


"Apa yang diperlukan hanya sehelai kertas hitam dan gunting kecil dan dia boleh hidup di mana sahaja di dunia ini. Sungguh luar biasa bakat yang dimilikinya," tulis Engku Emran pada kapsyen gambar tersebut.

Dalam pada itu, Instagram Laudya yang memiliki 17.2 juta pengikut menerusi Insta Story turut memuatnaik gambar lakaran seorang lelaki dan wanita mirip dirinya dan Engku Emran.

Mengukuhkan lagi kenyataan, gambar tersebut adalah sama seperti dipaparkan Engku Emran di Instagramnya. Ehemm...adakah semua ini tanda episod percintaan dua figura tersohor ini bakal bermula?



Sekeping kad dimuatnaik pelakon 'Syurga Yang Tak Dirindukan' menerusi insta story seakan menjelaskan bahawa pasangan ini semakin terbuka berkongsi status hubungan dirinya bersama Engku Emran.

Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengesahkan sejauh manakah hubungan mereka seperti heboh diperkatakan.

Engku pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun.










www.myartis.com / Sumber: mStra & Engku Emran IG, Laudya Cynthia Bella IG




         ________________________





No comments: