14 July 2017

ISU CERAI - BEKAS ISTERI FAIZAL AF4 TAMPIL JELASKAN



Sebelum ini, penyanyi dan juara program Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Faizal mengakui bahawa beliau sudah bercerai buat kali ketiga Disember lalu.

Kenyataan Faizal itu mendapat respon ramai termasuklah bekas isteri Faizal sendiri, Sahidatul Najiha Ibrahim, 21.

Menerusi laman sosial milik Sahidatul atau mesra disapa Sha, dia berkongsi artikel sebelum ini dengan kapsyen seolah-olah sikap juara Akademi Fantasi musim ke-4 adalah punca perpisahan mereka.





Sahidatul mengakui beliau bukanlah seorang isteri yang sempurna tetapi beliau menyifatkan Faizal seorang yang 'plastik' kerana tidak jujur untuk mendedahkan perkara sebenar.

Wanita yang juga merupakan seorang usahawan ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut apa yang terjadi kerana kes perceraian mereka masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.

"Kenyataan yang diberikan oleh Faizal tidak sama dengan apa yang kami lalui. Saya boleh katakan kami bercerai disebabkan oleh dia sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Dia juga seorang artis, jadi rasanya peminat dia akan lebih berpihak kepada Faizal. Jadi saya tidak mahu peminat dia kecam saya jika memberi sebarang kenyataan lanjut.

"Sepanjang tempoh perkahwinan, saya akui saya bukanlah seorang isteri yang sempurna. Saya juga ada silapnya.

"Namun jika dia katakan saya tidak boleh menerima kehidupan seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini.



"Bercakap soal pihak ketiga, keluarga bukanlah punca kami bercerai. Keluarga memberi sokongan selepas bercerai. Keluarga mana yang mahu melihat anaknya susah.

"Saya nekad menfailkan perceraian kerana merasakan kami sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan," kata bekas isteri Faizal.

Sha dan Faizal berkahwin pada November 2015 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia 11 bulan.

Faizal melafazkan cerai terhadap Sha di luar mahkamah pada 12 Disember 2016.


www.myartis.com / Sumber: Insta Online




         ________________________





No comments: