Semua sedia maklum bahawa pasangan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani amatlah menjaga privasi anak-anak mereka sejak dilahirkan terutama dalam mendedahkan wajah di media untuk tatapan khalayak.
Terbabit dalam musim kedua program berteraskan edutaiment, 'eBu Babypedia', ramai yang terkejut apabila terdapat program memaparkan kisah mereka bersama sekeluarga hingga ada yang mendakwa mereka 'menjual' anak.
Bagaimanapun, pasangan Yusry dan Lisa menegaskan pembabitan mereka bukanlah untuk 'menjual' anak-anak mereka.
"Jadi tidak timbul isu kami 'menjual' anak untuk mendapat imbuhan cuma niat sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan kasih sayang sebagai ibu bapa.
"Lagipun program ini tidak menggunakan nama anak kami sebagai tajuk. Lebih kepada sebuah program realiti keluarga berbentuk ilmiah.
"Sebab itu kami bersetuju terlibat menjayakannya dari musim pertama hinggalah yang kedua,"jelas Yusry yang mempertahankan tindakannya.
Tambah Yusry, adalah sesuatu yang pelik dan tidak logik jika hanya dia dan Lisa sahaja yang ditampilkan dalam siaran berkenaan sedangkan 'eBu Babypedia' merupakan sebuah program yang bercerita mengenai pengalaman ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.
Klik untuk gambar besar
"Kemunculan Yahaira dalam program ini juga adalah secara spontan kerana pihak produksi tidak menetapkan jadual penggambaran khusus untuknya.
"Disebabkan penggambaran 10 episod tersebut dilakukan di rumah kami, itu yang menjadikan program ini nampak lebih realistik termasuk dengan kehadiran Yahaira.
"Ketika penggambaran musim kedua, Lisa masih mengandungkan Yusof Leonne," katanya yang dikurniakan sepasang anak, Yahaira Leanne (15 September 2015) dan Yusof Leonne (23 April 2017).
Sebelum ini, memang jarang pasangan ini berkongsikan perihal anak-anak mereka di laman sosial. Namun jelas Yusry, program yang berteraskan edutaiment itu menceritakan pengalaman mereka sebagai ibu bapa, jadi penampilan Yahaira dan Yusof adalah perkara normal.
www.myartis.com / Sumber: Utusan
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment