10 July 2017

MUATNAIK FOTO DI HOSPITAL - WAN SHARMILA MOHON PEMINAT JANGAN RISAU



Semalam pelakon Wan Sharmila menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik gambar dirinya terlantar di atas katil sambil tersenyum sebelum memasuki bilik pembedahan.

Gambar tersebut turut mendedahkan bahawa Sharmila kini dirawat disebuah hospital.

"Nak ketawa ke menangis tu. Senyum lebar tu sebab nak cover rasa takut. Hehe. Ni sebelum masuk OT room semalam.

"Yang penting di sini nak cakap berjuta terima kasih untuk kawan-kawan dan keluarga yang selalu ada temankan saya.





"Teman dekat-dekat dan teman kat Whatsapp serta yang mendoakan dari jauh. Korang tahu siapa korang. Insya Allah saya ok!," tulisnya.

Bagaimanapun, aktres itu tidak pula menjelaskan punca penyakit yang menyebabkan dirinya ditahan di hospital.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan artis kesayangan mereka ini mula meninggalkan komen yang mendoakan supaya dirinya kembali pulih selepas mendapat rehat secukupnya.

Apapun, kita doakan semoga segala urusan Sharmila dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Wan Sharmila IG




         ________________________





No comments: