16 July 2017

SCHA AL-YAHYA BERDOA DIKURNIAKAN ZURIAT LAGI



Pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga ini tidak menolak andai dikurniakan rezeki untuk menimang bayi kedua dalam masa yang terdekat ini selepas anak sulungnya, Lara Alana berusia tiga tahun.

Kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua, Scha atau nama penuhnya, Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 34, berharap perancangan untuk menambah zuriat dipermudahkan.





"Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga, saya berdoa supaya diberikan segera rezeki untuk menambah anak. Sebelum ini, kami merancang kerana mahu memberi ruang kepada Lara untuk matang sedikit sebelum dikurniakan adik.

"Pada awal perkahwinan dulu, kami menanti lebih setahun sebelum dikurniakan Lara. Saya sedar, usia semakin bertambah, jadi saya berharap perancangan ini akan dipermudahkan oleh-Nya," kata Scha.

Semoga hasrat Scha dan Awal tercapai dan dipermudahkan olehNya untuk menimang cahaya mata kedua. Dapatlah Lara teman untuk bermain selepas ini. Apapun diharap perancangan mereka berjalan dengan lancar.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: