11 July 2017

TAKZIAH - BAPA SALINA SAIBI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Bapa kepada pelakon Salina Saibi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 8.15 malam kelmarin.

Berita pemergian bapa Salina ini dikongsi sendiri oleh Salina di akaun Facebook miliknya.

"Al Fatihah, 8.15pm 9/7 2017, Papa dah meninggal dunia," tulis statusnya.





Menurut perkongsian Salina di Facebooknya lagi, pada 3 Julai yang lalu, bapanya sekali lagi dimasukkan ke hospital.

Pada 6 Julai yang lalu, Salina memuatnaik statusnya dengan berkata, mereka adik beradik ingin mendermakan hati buat bapa mereka.

"Kami adik beradik nak derma hati kami pun doctor kata dah tak boleh!! Papa……..," tulisnya.

Jenazah arwah bapanya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kpg Cheras jam 9 pagi semalam.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu menurut sebuah portal, pada bulan Jun yang lalu, bapa Salina dengan secara tiba-tiba rebah selepas pitam ketika berada di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Selangor.

Salina memberitahu menerusi akaun Instagram miliknya, bapanya dengan segera dikejarkan ke hospital menaiki ambulan.

Peminat menyampaikan ucapan takziah kepada Salina dan seluruh keluarganya.

Takziah ducapkan buat Salina dan keluarga. Semoga arwah bapa Salina tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan




         ________________________





No comments: