12 July 2017

BAYI ABBY ABADI MENINGGAL - NORMAN HAKIM AKUI SEBAK, SEDIH



"Sebelum ini dia ada mengadu tekanan darah tingginya agak membimbangkan juga, namun tak sangka usia kandungannya tidak dapat diselamatkan.

"Saya memang tak dapat menahan sebak dan sedih sebaik sahaja Abby beritahu dia keguguran. Walaupun kami bukan lagi suami isteri tapi saya turut berasa sedih di atas apa yang berlaku.





"Saya tahu suaminya amat berharap untuk menimang cahaya mata bersama Abby kerana dia sudah dua kali keguguran.

"Abby kongsi segalanya mengenai cerita kegugurannya itu kepada saya dan saya turut bersimpati," kata pelakon Norman Hakim yang mengakui amat sedih ketika menerima berita tersebut meskipun mereka bukan lagi suami isteri.

Untuk makluman, isteri kepada Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany ini keguguran ketika usia kandungannya sudah memasuki lima bulan.

Klik untuk gambar besar


Norman memberitahu dia turut memberi kata-kata semangat kepada Abby supaya tidak murung selepas apa yang berlaku.

"Saya nasihatkan Abby supaya terus bersangka baik dengan Allah selepas nasib yang menimpanya. Abby bagaimanapun memang kuat dan tabah hadapai dugaan ini dia langsung tidak nampak bersedih.

"Mungkin dia sudah redha dengan apa yang berlaku, saya pun lega," kata yang bakal menjalani penggambaran siri terbaharu 'Gerak Khas' bersama Erra Fazira tidak lama lagi.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: