Jika sebelum ini memuatnaik kad gambar lakaran seorang lelaki dan wanita mirip dirinya dan Engku Emran, terbaru pelakon Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) itu telah memuatnaik gambar bersama bekas suami kepada Erra Fazira ini.
Turut dilihat dalam gambar tersebut ialah Nora Danish serta suaminya, Nedim Nazri yang bersama mereka di Jakarta, Indonesia.
Nampaknya 'percintaan' antara pelakon dari Indonesia dan bapa kepada Engku Aleesya ini semakin serius meskipun kedua-duanya tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status hubungan mereka.

Foto berkenaan mencuri perhatian netizen kerana Bella ada meletakkan kapsyen bentuk kapsyen 'loves' dan bentuk hati.
Rata-rata peminat pasangan sensasi ini mendoakan agar hubungan yang terjalin berkekalan sehingga akhir hayat.
Ramai juga tidak sabar sebenarnya ingin melihat Bella dan Engku Emran bersatu sebagai suami dan isteri.
Apapun, kami doakan yang terbaik untuk mereka.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Foto: Laudya Cynthia Bella IG & Nora Danish IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment