15 August 2017

30 FOTO - SEKITAR ISTIADAT AKAD NIKAH & PERSANDINGAN TUNKU TUN AMINAH


Pada tanggal 14 Ogos iaitu semalam, puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam Bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene.

ISTIADAT AKAD NIKAH




Pasangan DiRaja yang kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih itu dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato' Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenaan.

Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.

Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda.

Klik untuk gambar besar


Pada sebelah malam pula, Istiadat Persandingan DiRaja telah berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru.

Pasangan Pengantin DiRaja itu tiba di perkarangan Istana Besar Johor Bahru menaiki kereta vintaj Mercedes Limousine Covertible, sambil diiringi pengiring bermotosikal dari Polis Diraja Malaysia dan juga anggota Askar Timbalan Setia Negeri.

Pasangan Pengantin DiRaja berangkat tiba di Istana Besar dan disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar.



Kira-kira 1,200 tetamu menghadiri Istiadat Persandingan yang disaksikan oleh sekalian anggota kerabat diraja, orang kenamaan, dan ditonton oleh rakyat jelata menerusi dua skrin gergasi di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bharu.

KDYMM Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memulakan Istiadat Merenjis dan Tepung Tawar Pengantin DiRaja Johor, Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad.

Ia diikuti dengan isterinya, KYDMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah.



Kemuadian diikuti pula KDYMM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar; DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; dan ibu bapa Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas.

Istiadat Persandingan DiRaja di Istana Besar malam semalam berlangsung dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Diraja Johor.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teoh Chee Hean dan isteri.



























ISTIADAT PERSANDINGAN





























www.myartis.com / Sumber & foto: Instgaram The Royal Johor


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: