15 August 2017

NOTA ANAK NORMAN HAKIM DALAM AL-QURAN - NETIZEN TERSENTUH & SEBAK


Pelakon Norman Hakim, 41, menerusi laman Instagram miliknya memberitahu beliau menjumpai nota di muka surat kosong naskhah kitab suci milik anak sulungnya Mohamed Danish Hakim.





Melihat pada nota tersebut, Danish telah menulis nama ahli keluarganya di dalam Al-Quran.

Kata Norman, beliau telah bertanya dengan anaknya, apakah tujuan nama-nama ini ditulis bagi kepastian.

Menurutnya lagi, anak sulung berusia 14 tahun bersama bekas isteri, Abby Abadi ini menulis nota tersebut dengan tujuan berdoa kepada Allah untuk bersama keluarganya ke syurga.

"Semalam masa belek-belek Al-Quran abang @danishhakim_243 sebelum hantar dia balik asrama untuk check mana-mana bahagian ada yang koyak ke untuk dibaiki, jumpa nota ini dalam salah satu muka surat kosong Al-Quran dia.

Klik untuk gambar besar


"Hati macam dah teragak untuk tujuan apa nama-nama ini, tapi sekadar tanya dia balik takut salah permahaman.

"Abang... Senarai nama-nama ini semua untuk apa eh?" Dia Jawab kalaulah abang ada rezeki masuk syurga, abang buat nota ini untuk nak mintak pada Allah untuk kita semua masuk sekali.

"Katanya lagi, senarai nama ini dia cakap dia tulis tiga tahun lepas sebelum mama kahwin dengan abah @jaiezzany. Bila abah kahwin dengan mama, baru dimasukkan nama abah, arwah tok abah dan tok mah.



"MashaaAllah terima kasih abang @danishhakim_243 ingat pada kami semua. Semoga Allah S.W.T berkati niat abang tu. Aamiin YRA," tulis Norman pada semalam.

Jawapan yang diberikan Danish telah menyentuh perasaan rata-rata pengikut akaun Norman dan memberitahu pelakon tersebut sangat beruntung mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah.

Sebelum ini, Norman ada memmberitahu bahawa anaknya itu telah berjaya menghafal Al-Quran 30 juzuk.



"Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T semalam (Jumaat 11/8/17) Abang @danishhakim_243 dapat selesaikan khatam hafazan 30 juzuk dia, sehari awal dari target sebenar.

"Ini baru peringkat 'intro' atau permulaan untuk misi seterusnya. Jauh lagi perjalanannya. Barakallah Mohamed Danish Hakim Al-Hafiz

Terdahulu, Danish dilaporkan antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta, dan dijangka bertolak ke negara itu tahun ini.



Selain Danish, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.

Bersama isterinya sekarang, Memey Suhaiza, Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4 dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2.

Alhamdulillah... terharu baca penjelasan Danish dan semoga berjaya dunia akhirat.








www.myartis.com / Sumber foto: Norman Hakim IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: