15 August 2017

ISU DENGAN LHDN - SHAHEIZY MAHU SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN


"Saya akan hantar peguam dan ejen cukai yang dilantik untuk selesaikan masalah ini di pejabat LHDN pada hari ini (Selasa).





"Biarlah mereka yang bertanggungjawab menguruskan hal cukai saya dan selesaikan segala-galanya. Saya ada banyak perkara lain yang nak difikirkan.

"Tapi, Insya-Allah kalau saya tak ada kerja yang perlu dilakukan ketika itu, mungkin saya juga akan ikut sekali," kata pelakon Shaheizy Sam yang ingin menyelasaikan masalah muflis yang dihadapinya.

Menurut pelakon filem 'Polis Evo' ini, dia mahu perkara itu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lebih teruk sehingga menjejaskan perniagaan yang sedang dijalankannya.

Sam memberitahu isu tersebut bukan sahaja menganggu kehidupan hariannya, malah perniagaan yang diuruskannya juga turut menerima kesan.

Klik untuk gambar besar


"Isu ini bukan sahaja menganggu kehidupan harian saya tetapi telah memberi kesan kepada perniagaan yang sedang dijalankan.

"Apabila pihak lain membaca notis tersebut di surat khabar, sudah pasti mereka hanya percaya apa yang mereka baca.

"Mereka akan fikir yang saya sudah muflis dan tidak mahu menjalankan urus niaga dengan saya lagi. Sedangkan masalah bankrap itu masih jauh lagi," ujarnya.

Isu muflis Shaheizy mula menjadi perhatian selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertindak mengiklankan notis muflis di ruang sebuah akhbar pada 26 Mei lalu.



Dalam pada itu, Pagawai Perhubungan Awam, LHDN, Masrun Maslim berkata, pihaknya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. Namun, dia menasihati pelakon tersebut untuk hadir segera ke pejabat LHDN.

"Buat masa ini kami tidak mahu beri sebarang kenyataan mengenai Shaheizy Sam. Kami tidak mahu menjadikan media sebagai medan untuk berbalah.

"Satu sahaja nasihat saya kepada artis itu, sila hadir ke LHDN atau hubungi pejabat kami untuk sebarang penjelasan. Terima kasih," tutur Masrun.

Masrun turut menegaskan tindakan mereka mengiklankan notis muflis tersebut adalah mengikut prosedur seperti biasa. Malah, notis tersebut diterbitkan selepas pihak LHDN mendapat kebenaran mahkamah.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: