31 August 2017

'BABY BUMP' SITI NURHALIZA KELIHATAN?


Sebelum ini, ada desas desus yang mengatakan Datuk Siti Nurhaliza kini sedang hamil, namun begitu tiada sebarang kenyataan balas daripada Siti untuk mengesahkan hal tersebut.





Baru-baru ini, Siti ada berkongsi dirinya menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang mencemar duli di rumahnya menerusi laman Instagram miliknya.

Tapi apa yang menarik netizen ialah perut isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K ini yang kelihatan seperti 'baby bump' dan meneka bahawa Siti memang benar-benar hamil.

Di ruangan komen gambar tersebut dengan sekelip mata telah dihujani dengan ucapan tahniah dan doa agar kandungan Siti sentiasa sihat dan segala urusan ketika hamil dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar


Nampaknya begitu tajam mata peminat-peminat Siti memerhati perubahan fizikal penyanyi kesayangan mereka ini.

Jika benar Siti kini sedang hamil, tahniah kami ucapkan. Kami turut mendoakan agar Siti dan kandungannya sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak kepada penyanyi nombor satu negara ini.











www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Siti Nurhaliza IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: