01 September 2017

TAHNIAH - JACLYN VICTOR & SUAMI TIMANG ANAK KEDUA, PEREMPUAN


"Saya sangat teruja apabila Molly Marguerite Rivera berkongsi tarikh lahir yang sama dengan abangnya, Jonah Joshiah Rivera.





"Terima kasih kepada keluarga dan rakan terdekat yang datang melawat di hospital tempoh hari," demikian kata penyanyi Jaclyn Victor yang telah selamat melahirkan anak kedua pada 24 Ogos lalu.

Difahamkan, anak kedua yang merupakan seorang bayi perempuan itu dilahirkan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Kata Jac, dia dijangka bersalin pada 29 Ogos namun mengambil keputusan untuk bersalin awal menerusi pembedahan kerana ingin mengotakan janji kepada Sukan SEA yang dipersetujui lebih awal.

Ruangan komen di laman Instagram Jac telah dipenuhi ucapan tahniah daripada rakan artis yang menyifatkan dia penyanyi hebat.

Klik untuk gambar besar


"Awak memang hebat Jac. Semalam saya fikir sama ada awak sudah bersalin atau belum. Rupa-rupanya sudah bersalin," ujar Datuk Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Ning Baizura juga kagum dengan kemampuan Jac yang boleh menyanyi dalam tempoh seminggu selepas bersalin.

"Dalam masa seminggu awak muncul dengan persembahan yang memukau. Awak memang Supermom. Demi negara, awak menghiburkan kami," katanya.

Menerusi satu kenyataan, Jac sengaja merahsiakan kehamilan keduanya kerana tidak mahu karier nyanyiannya terjejas.



"Saya mohon maaf kerana memilih untuk merahsiakan kehamilan ini. Lagipun ketika mengandungkan anak pertama pun saya tidak dedahkan sehinggalah kandungan saya mencecah usia enam bulan.

"Tujuan saya merahsiakan kehamilan ini kerana tidak mahu diberi layanan yan berbeza meskipun keadaan kesihatan saya okey untuk terus menyanyi," jelasnya.

Untuk rekod, Jac berkahwin dengan Shawn Rivera, iaitu anggota kumpulan R&B Amerika Syarikat, Az Yet pada Julai 2014.

Hasil perkahwinan itu, Jac dan suaminya kini telah mempunyai sepasang anak, Jonah Joshiah Rivera (lelaki), 2, dan Molly Marguerite Rivera (perempuan)










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: