08 August 2017

"BODOH SAYA JADI 'PAK TURUT' PRODUKSI" - AFIFAH TAMPIL 'BUKA MULUT'


"Saya akui kesilapan saya membenarkan si dia (Aliff Aziz) memegang tangan saya, dengan itu saya ingin meminta maaf.





"Apa yang berlaku sebenarnya hanya lakonan sahaja, pihak produksi yang meminta saya memujuk dan menggunakan saya supaya Aliff datang lokasi dan memberi kerjasama berikutan penggambaran sepatutnya mengambil masa sebulan kini sudah lebih dua bulan kerana masalah disiplin Aliff.

"Saya kesal kerana apa yang berlaku adalah rancangan bersama untuk memastikan penggambaran berjalan lancar. Tapi bila jadi perkara begini tiada seorang daripada mereka (produksi) yang bercakap menyebelahi saya.

"Saya tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap dia," jelas pelakon Afifah Nasir yang uncul selepas dua minggu lebih menghilang.

Dalam satu sidang media yang dijalankan secara tertutup semalam, Afifah tampil memohon maaf terhadap apa yang berlaku selain meminta semua pihak supaya tidak memanjang lagi kontroversi ini.

Klik untuk gambar besar


Menyedari dirinya dikecam hebat oleh peminat sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, Afifah sedih dan kesal kerana menjadi pak turut kepada pihak produksi yang akhirnya memakan dirinya. Dalam masa yang sama, Afifah turut memohon maaf kepada Bella Astillah.

"Apa yang berlaku semuanya adalah atas sebab kerja sahaja. Setiap malam saya menangis bukan sebab dikecam netizen tatapi kerana memikirkan kenapa saya begitu bodoh mengikut rancangan pihak produksi," ujarnya.

Apabila ditanya sama ada beliau sedia memaafkan Aliff, adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.



Diajukan soalan sama ada beliau memaafkan Bella Astillah dalam isu ini, Afifah berkata yang beliau faham dengan keadaan isteri Aliff itu yang masih dalam berpantang dan tidak bersalah dalam soal ini.

"Saya ada banyak bukti bukti termasuklah bukti perbualan tetapi sejujurnya saya tidak mahu keluarkan bukti bukti tersebut kerana tidak mahu keruhkan keadaan selain membuka sesiapa," katanya.

Difahamkan, rakaman perbualan yang didakwa Afifah hanya ditunjukkan kepada wartawan yang hadir ke sidang media tersebut.

Turut hadir ke sidang media yang diadakan adalah kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar, kakaknya, Mia Nasir dan peguam, Sana Tufil Ahmad. Dalam pertemuan itu, Afifah turut memperdengarkan rakaman antara kakaknya Anzalna dan seorang kru produksi tentang strategi pihak produksi. (rtky/w)




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: