08 August 2017

ENGKU EMRAN NIKAHI LAUDYA (SYTD) SEPTEMBER INI


Hebat juga pasangan ini menyembunyikan hubungan cinta mereka, sampaikan tiada siapa pun yang dapat menghidu.





Tup-tup kini, bekas suami Erra Fazira, Engku Emran, 42, bakal menamatkan zaman dudanya bersama pelakon terkenal negara seberang, Laudya Cynthia Bella, 29, pada pertengahan bulan depan.

Difahamkan, pasangan ini tidak akan bertunang sebaliknya terus melangsungkan pernikahan yang akan diadakan secara sederhana.

Bapa kepada Aleesya dan pelakon 'Surga Yang Tak Dirindukan' (SYTD) itu memilih untuk bernikah di Kuala Lumpur dan bukan di Jakarta di dalam sebuah majlis tertutup yang akan dilangsungkan di lokasi rahsia sekitar Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar


"Insya-Allah jika tiada aral melintang pada pertengahan September depan, mereka akan bernikah di sekitar Kuala Lumpur.

"Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis pernikahan hanya kecil-kecilan sahaja.

"Apa yang sangat disenangi Emran mengenai Bella ialah karakter wanita itu yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek.



"Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra," jelas sumber kepada Utusan.

Apa yang menariknya, Emran dan Laudya sudah berkenalan selama lima bulan sejak diperkenalkan oleh Nora Danish.

Apapun bak kata orang, sebaiknya dipercepatkan kalau nak membina masjid. Tahniah kami ucapkan dan semoga segala rancangan dan persiapan pasangan ini dipermudahkan.




www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: