08 August 2017

SUDAH SEMAKIN SEMBUH - MUS MAY PERLU MASA PULIHKAN INGATAN


"Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik, sudah mampu bergerak dan melakukan aktiviti harian cumanya ingatan saya sedikit terbatas dan tak mampu nak mengingati semua perkara yang berlaku terutamanya hal-hal yang terjadi sebelum koma.





"Saya memerlukan sedikit masa dalam proses memulihkan semula ingatan dan ia mungkin kerana kesan ubat-ubatan sepanjang rawatan," ujar vokalis kumpulan May, Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49 mengenai dirinya.

Mus masih tidak dapat mengingati banyak peristiwa lalu selepas sembilan hari berada dalam keadaan koma akibat jangkitan kuman dalam darah.

Namun apa yang penting, Mus sudah beransur sihat dan dapat melakukan kerja-kerja harian walaupun ingatannya itu belum memuaskan.

Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 Julai lalu akibat demam panas berpanjangan sebelum koma dan kemudian dipindahkan ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan susulan.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi lagu 'Cintamu Mekar Dihati' ini disahkan menghidap jangkitan kuman dalam darah dan telah menjalani ujian imbasan otak dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) serta telah melalui proses pertukaran plasma bagi menggantikan darah yang dijangkiti kuman.

Dalam pada itu, doktor memaklumkan kepada Mus, dia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan bagi memulihkan ingatan kembali.

Dia yang sudah dibenarkan pulang hujung minggu lalu dimasukkan semula ke hospital kerana mengalami gastrik dan dijangka pulang pada bila-bila masa.

"Kalau semuanya sudah stabil, saya dibenarkan pulang ke rumah dan hanya perlu menjalani rawatan seminggu sekali bagi memastikan tahap darah saya kembali normal dan pulih seperti biasa.

"Sekarang ini semuanya semakin baik dan saya tak sabar nak menghiburkan peminat semula, cumanya saranan doktor agar saya berehat daripaada menyanyi dalam tempoh dua bulan bagi memastikan tubuh saya benar-benar kuat untuk bekerja semula," katanya yang sering ditemani isteri, Suraya Bahari.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: