14 August 2017

DEDAH 'WAJAH' LELAKI PUNCA ADIK BERCERAI - AMYZA MOHON PULANGKAN


"Saya geram sangat dengan lelaki itu kerana menjadi punca rumah tangga adik saya hancur. Adik saya itu ada anak kecil dua orang dan sekarang lelaki itu mengawal kehidupan adik saya.





"Saya minta dia datang bertemu keluarga kami dan memberi penjelasan secara baik," ujar pelakon Amyza Adnan ketika diminta mengulas tentang status yang dimuatnaik di laman sosial Instagramnya.

Menurut Amyza, adiknya mengenali lelaki yang menggunakan nama Muhamad Zelmi itu menerusi laman sosial Facebook beberapa bulan lalu dan memutuskan untuk bersama lelaki berkenaan.

Selain itu, Amyza berkata, adiknya itu berada dalam keadaan yang kurang sedar dan enggan bekerjasama bila diminta mendedahkan identiti lelaki berkenaan.

Klik untuk gambar besar
Wajah lelaki yang hancurkan rumah tangga adik Amyza


"Saya minta dia telefon lelaki itu dia tidak mahu, sampaikan air pun dia tidak mahu minum. Malah dia berani melawan saya jika berkaitan dengan lelaki itu.

"Kami pun tidak tahu nak buat apa, nak kauseling dia tidak mahu ikut, malah berubat tradisional pun dia seakan-akan tahu," tuturnya.

Dalam pada itu, Amyza meminta kerjasama netizen yang mengenali lelaki berkenaan yang dipercayai kini menetap di Johor atau Singapura, agar memberi maklumat kepada dia dan keluarga.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Amyza Adnan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: