13 August 2017
DITUDUH MENUNJUK KAYA - AWAL ASHAARI LUAH RASA BENGANG
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah meluahkan rasa bengangnya terhadap satu komen yang mendakwa dirinya menunjukkan kemewahan di Instagram.
"Pd artis Malaysia semua.. tak payah lah nak tunjuk2 kemewahan anda semua. cuba dengar lagu urkys amalan yg akan akan di bwk," komen netizen tersebut.
Bukan pertama kali menerima komen sedemikian, Awal dalam kenyataan itu menjelaskan bahawa dia bukanlah menunjukkan kemewahan sebaliknya menjalani kehidupan seperti orang lain juga.
"@************** kepada netizen jangan nak dok cakap sesedap mulut. Takde yang mewah pun trip ni dik. We all drive sendiri pergi Ipoh. Duduk kat homestay. Makan kat gerai.
Klik untuk gambar besar
"Pergi Kellie castle bayar parking 2 ringgit, bayar entry 5 ringgit. Bukan nya kitorang naik private jet pergi luxembourg. Cakap suka hati je.
"Orang macam awak ni la yang buatkan netizen semua busuk nama. Dengki tak tentu pasal. Sedih," balas Awal.
Apa pun, semoga Awal sentiasa tabah menghadapi dugaan sebegini di lain masa. Tak payah hirau sangatlah orang berkata. Iyelah... jika kita hidup mahu memuaskan hati orang, sampai bila-bila tidak akan terlaksana impian itu.
www.myartis.com / Sumber: Awal Ashaari IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment