02 August 2017

ISU ALIFF AZIZ & AFIFAH - ANZALNA NASIR RENDAH DIRI MOHON MAAF


Dek kerana keterlanjuran kata serta kenyataan 'meroyan' di laman Instagram, pelakon Anzalna Nasir telah dihimpit terus dengan cacian dan makian setiap hari.

Akaun Instagram pelakon drama bersiri 'Memori Cinta Suraya' ini menjadi medan perbalahan netizen yang mendakwa adik Anzalna, aktres Afifah Nasir sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Enggan dirinya terus dikritik dan dihentam, Anzalna akhirnya tampil memohon maaf atas tindakannya yang tidak berfikir panjang ketika bercakap. Jelasnya, beliau tidak tahan lagi melihat kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.





"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana," kata Anzalna.

Klik untuk gambar besar


Tambah pelakon drama bersiri 'Dendam Aurora' ini, dia bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah bukan kerana takut.

"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

Susulan campur tangan Anzalna di dalam penglibatan adiknya di dalam rumah tangga orang, Anzalna telah dikecam. Malah setelah pelbagai pendedahan oleh Aliff Aziz kelmarin, ramai mendesak Afifah tampil memohon maaf.



"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya," ujarnya.

Mungkin Anzalna terlalu cepat mempertahankan adik sendiri walaupun ketika itu masih tiada kesahihan mengenai kejadian sebenar yang berlaku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memang padah akibatnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________



No comments: