11 September 2017

MAWAR RASHID & TUNANG NIKAH HUJUNG TAHUN INI


"Ya, kami akan bernikah sebelum penghujung tahun ini," demikian kata adik Fazley Yaacod iaitu Raf Yaacob mengenai pernikahan mereka selepas mengikat tali pertunangan dengan pelakon Mawar Rashid pada 7 Julai lalu.





Menurut Raf, tarikh pernikahan mereka akan dimaklumkan tidak lama lagi dalam satu sidang media khas yang akan diadakan.

"Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh dan menghormati keluarga, tambahan pula ini perkahwinan saya yang kedua.

"Usah khuatir, kami tetap akan berkongsi tarikh itu tidak lama lagi kerana merancang untuk mengadakan sidang akhbar khas selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis nanti," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Mawar berkata yang dia juga memasang impian semoga segala-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan, selain berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mawar memberitahu bahawa persiapan perkahwinan mereka boleh dikatakan sudah hampir selesai.

"Persiapan juga baru siap lebih kurang 70 peratus dan semuanya berjalan dengan baik. Ketika ini, kami tengah menunggu sampel kad kahwin selain belum menetapkan jumlah mas kahwin.



"Kami juga baru melihat barangan hantaran termasuk cincin perkahwinan bersama-sama, sekali gus dapat mengetahui cita rasa masing-masing," ujar Mawar.

Pada masa sama, mereka turut berkongsi tentang majlis pernikahan mereka yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur sebelum mengadakan majlis resepsi di Hotel Royale Chulan Damansara.

Manakala untuk malam berinai pula, mereka memilih untuk mengenakan tema Siam, dan majlis pernikahan bertemakan jawa.

Apapun, semoga segala persiapan perkahwinan pasangan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan nanti.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: