Penyanyi Aliff Aziz, 27, akui bahawa kontroversi yang membabitkan dirinya dengan bakat baharu, Afifah Nasir baru-baru ini telah memberi kesan pada periuk nasinya sebagai pelakon dan juga penyanyi.

"Publisiti buruk yang diterima memberi kesan kepada kerjaya seni, tetapi saya tidak mahu berfikiran negatif," katanya.
Namun begitu, pelakon 'Meh Sandar Lagi' itu enggan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya bertekad untuk terus mencari rezeki bagi menyara keluarganya.
"Saya juga tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana perkara ini atas kesilapan sendiri. Sekarang adalah masa untuk saya kembali memperbetulkan keadaan dengan meluangkan lebih masa bersama keluarga," ujarnya.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________

No comments:
Post a Comment