11 September 2017

USAHA DAPAT ZURIAT - ATILIA & SUAMI MAHU CUBA IVF


"Hendak buat IVF ini mahal. Kebarangkalian sama ada jadi atau tidak, belum pasti. Bagaimanapun, saya dan suami mahu terus berusaha," ujar penyanyi Atilia Haron mengenai usaha mendapatkan zuriat.





Kata Atilia, beliau dan suaminya,, Adam Sofian Mazlan mahu mencuba teknik in-vitro (IVF) selewat-lewatnya awal tahun depan.

Mengaku sudah mencuba pelbagai cara termasuk perubatan Cina, Atilia bagaimana sedar kos untuk membiayai IVF tinggi.

Klik untuk gambar besar


"Saya pernah mencuba perubatan Cina seperti diminta meminum air akar kayu. Memang tak tahan pahitnya, tetapi saya kena gagahkan juga. Sebulan meminumnya, tak jadi juga," jelasnya.

Pada 31 Ogos lalu, Atilia dan suaminya itu telah meraikan ulangtahun ke-3 perkahwinan mereka.

Atilia yang baru melancarkan album solo ketiga berjudul No 3, memberitahu, doktor mengesahkan dia dan suami tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan anak.



"Cuma, rezeki belum menyebelahi kami. Risau juga dengan usia sekarang. Macam-macam ikhtiar sudah dilakukan," tutur Atilia.

Dalam masa sama, Atilia berkata, doktor ada memaklumkan tubuhnya bukan seperti wanita berusia 40-an.

"Mungkin ini disebabkan saya aktif melakukan senaman dan yoga," katanya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: