11 September 2017

TAK KISAH PANDANGAN ORANG LAIN - SITI SAERAH HARAP DOAKAN TERBAIK


"Saya mula tidak lagi berhijab kira-kira dua tahun selepas bercerai. Tidak semestinya apabila seseorang yang berhijab dia sudah sempurna 100 peratus, dan diakui diri saya ini bukanlah seorang yang sempurna.





"Sebenarnya saya tidak mahu lagi menipu diri semata-mata ingin kelihatan baik dan sopan di hadapan orang. Lebih baik saya begini (tidak berhijab).

"Saya juga tidak kisah tentang pandangan orang lain, cuma diharapkan masyarakat dapat mendoakan yang terbaik buat saya.

"Apabila tiba masanya, saya pasti akan berhijab dengan sempurna," kata adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah, 34, tanpa berselindung.

Klik untuk gambar besar


Saerah yang kini mahu kembali aktif dalam dunia seni dan bakal muncul dengan single berjudul 'Hanya Restu' itu terbuka memperkenalkan teman lelakinya, Sharidan kepada umum.

"Apabila sudah mengambil keputusan untuk aktif, ini bermakna saya sudah bersedia menghadapi sebarang kontroversi yang bakal datang.

"Kakak saya, Siti Nurhaliza juga pernah berpesan untuk tidak mempersiakan peluang kedua ini, jadi saya harap perkara yang positif sahaja berlaku nanti.



"Ya, saya sedang bercinta dengan seorang jejaka berusia 30 tahun berasal dari Muar, Johor.

"Teman lelaki saya merupakan kenalan lama sejak tahun 2009. Saya bertemu dan mula rapat dengan Mohd. Sharidan sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Saerah turut ditanya bagaimana dengan penerimaan anak-anak dan perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

"Hubungannya dengan anak-anak Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 4, sangat baik.

"Insya-Allah, jika tiada halangan kami akan mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Doakan yang terbaik buat kami.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: