26 September 2017

TUMBUK PEKERJA BANGLADESH - SHARNAAZ DIDENDA RM1,200


Selepas mengaku bersalah menumbuk seorang pekerja warganegara Bangladesh di sebuah kelab golf, pelakon Sharnaaz Ahmad telah didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.





Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 32, mengakui menumbuk Gous Ali di mukanya di Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur, di mana mangsa bekerja.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 22 Julai lalu kira-kira jam 5.20 petang.

Sharnaaz didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Sharnaaz, Zulkifli Awang merayu hukuman ringan atas alasan pelakon itu insaf dengan perbuatannya.

Klik untuk gambar besar


Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin, bagaimanapun, meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman yang akan menjadi pengajaran kepada tertuduh.

Majistret Mahyudin Mohmad Som mengenakan denda RM1,200 yang dibayar oleh pelakon itu.

Sudah pasti berita ini mengejutkan para peminat Sharnaaz Ahmad. Sama-sama kita nantikan komentar daripada pelakon ini.

Suami kepada Noor Nabila itu hadir sendirian ke mahkamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: