19 October 2017

KES DADAH: BENJY DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 11 TAHUN, DENDA RM312,539


Selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah methamphetamine, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, atau Benjy telah dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan denda AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan pada Rabu.





"Kami mengisytiharkan Benjy terbukti bersalah kerana memiliki dadah terlarang," kata Ketua Hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Pada 18 April lalu, Benjy ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara dan dadah berkenaan ditemui dalam duburnya.

Benjy yang merupakan anak kepada pelakon Azean Irdawaty itu sebelum ini pernah berdepan pertuduhan berkaitan dadah di Malaysia termasuk mengedar syabu.

Hukuman yang dikenakan itu lebih rendah berbanding 14 tahun penjara yang dipohon pendakwa.


www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: