19 October 2017

AWAL TAHUN DEPAN - SHAHIR BAKAL MENYUNTING ERRA SEBAGAI ISTERI


"Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya. Mona berjanji akan memberikan kenyataan baharu, sekaligus membersihkan nama saya.





"Saya kini hanya menunggu dan lihat," kata bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir Zawawi, 29, yang menunggu kenyataan daripada wanita itu bagi membersihkan namanya kerana menggambarkan dirinya cuba berlaku curang dan mempermainkan perasaan aktres Erra Fazira.

Dalam masa sama, Shahir turut memaklumkan bahawa beliau bakal menyunting Erra, 43, sebagai isteri selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya.

"Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.

Klik untuk gambar besar


"Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami," tuturnya.

Kelmarin, dunia hiburan dikejutkan dengan cerita Shahir yang diketahui ramai menjalinkan hubungan bersama Erra, tiba-tiba dikaitkan dengan seorang pramugari 'Fireflyz' dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Ia bermula apabila gambar Shahir bersama wanita itu tersebar di laman sosial. Tambah hangat, keterangan gambar yang dilampirkan bersama gambar seolah-olah menunjukkan mereka pasangan kekasih.

Shahir bagaimanapun menjelaskan, hubungan mereka tidak lebih daripada peminat dan artis. Namun, menerusi sebuah portal, Mona mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan pengakuan Shahir.






WANITA YANG DIKAITKAN DENGAN SHAHIR





www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: