14 November 2017

GAGAL KE FINAL AJL 32: "SELAGI ADA POLITIK, NEXT BUAT LAGU 90-AN" - AYDA JEBAT


Kita semua mengetahui sebanyak 12 lagu terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke 32 selepas tamatnya program Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 32 kelmarin.





Bagaimanapun, lagu Ayda Jebat bertajuk 'Mata' gagal ke pentas akhir program tersebut dan ia turut membuat peminatnya merasa kecewa.

Menerusi sebuah posting berbentuk motivasi diri di akaun Instagramnya, ada beberapa peminat yang memberikan komen apa kurangnya lagu 'Mata' berbandingkan lagu lain yang terpilih.

Namun apa yang menarik perhatian, Ayda seolah tidak berpuas hati dengan keputusan juri yang tidak memilih lagunya.

Klik untuk gambar besar


Dalam beberapa komen itu, Ayda sempat menyindir industri hiburan yang terlalu banyak permainan politik sehingga sukar untuk penyanyi mengembangkan bakat.

Kami yakin pasti juri telah membuat keputusan yang terbaik dalam memilih lagu yang layak untuk mara ke peringkat akhir AJL 32.

Apa yang pasti sebagai anak seni pasti ada pasang dan surutnya, mungkin kali ini tiada rezeki untuk Ayda bertanding ke peringkat tersebut.

Kalau lihat pada AJL kali ini banyak bakat baru dipilih untuk mewarnai pertandingan tersebut. Janganlah cepat putus asa dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.














www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Ayda Jebat IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: