27 November 2017

ISU VIDEO SEDIH - NABILA RAZALI NAFI AEDY, TAPI UNTUK PEMINAT


Semua mengetahui mengenai video sedih yang dimuatnaik oleh penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 25, di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.





Dalam video tersebut, pelantun lagu 'Pematah Hati' ini telah meluahkan rasa kecewanya apabila dipermainkan seorang lelaki.

Video itu dimuatnaik kira-kira dua jam selepas pelakon Aedy Ashraf berkongsi gambar dirinya bersama seorang wanita jelita ketika menghadiri sebuah acara hiburan.

Dalam pada itu, Nabila juga dilihat sudah memadam gambar-gambar mesra dengan Aedy serta tidak lagi mengikuti Instagram pelakon 'Dendam Aurora' itu.

Klik untuk gambar besar


Dek kerana itu, rata-rata netizen menganggap video yang dimuatnaik itu adalah ditujukan kepada Aedy. Malah gambar terbaru yang dimuatnaik oleh Aedy menerima komen peminat yang tidak berpuas hati dengan mendapat lebih 55,000 tontonan.

Enggan isu ini disalahertikan, Nabila tampil menjelaskan bahawa video sedih yang dimuatnaik di IGnya itu sekadar luahan perasaannya.

Ia sekaligus menepis dakwaan segelintir netizen kononnya video itu ditujukan buat Aedy yang sebelum ini dikatakan bercinta dengan penyanyi terbabit.

"Saya sekadar memuatnaik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman instagram. Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy mahupun sesiapapun," jelasnya.



Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Aedy, Nabila menjelaskan mereka sekadar rapat sebagai rakan artis.

"Kami berkenalan menerusi laman sosial dan berkawan tidak sampai sebulan. Harap netizen tidak lagi beri komen tidak betul kerana kami bukan pasangan kekasih. "Saya juga tidak ada masalah jika Aedy ingin berkawan dengan wanita lain dan begitu juga sebaliknya," tuturnya.

Mengulas tindakannya memadam gambar dan gambar mesranya dengan Aedy di laman instagram, Nabila berkata yang dia tidak mahu memanaskan lagi keadaan.

"Biarlah masa yang menjelaskan segala persoalan nanti," ujar pelakon drama 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati'.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: